KEMPEN KESELAMATAN KESEDARAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN MUSIM PERAYAAN OPS RAYA TAHUN BARU CINA 2024 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

KEMPEN KESELAMATAN KESEDARAN DAN KESELAMATAN KEBAKARAN MUSIM PERAYAAN OPS RAYA TAHUN BARU CINA 2024 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Ahad, 04 Februari 2024 – Kempen Keselamatan Kebakaran dan Pelancaran Ops Tahun Baru Cina 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah berlangsung di Lotus’s Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.Program kempen berkenaan telah diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Tuan Choo Ken Hwa (ADUN N30 Lukut).

Program Kempen Keselamatan Kebakaran adalah hasil kerjasama daripada pihak Lotus’s Lukut, Port Dickson bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.

Turut hadir bagi kempen berkenaan adalah YS PPjB Abdul Khair bin Osman, Pengarah JBPM NS,PgKB I Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin, Timbalan Pengarah JBPM NSPuan Gunasundhari D/O SinappanStore General Manager Lotus’s LukutPenolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon, Ketua- Ketua Balai, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai bomba (lain-lain pangkat) JBPM NS, para tetamu jemputan serta pengunjung-pengunjung yang berada dikawasan gudang beli belah tersebut.Antara aktiviti yang telah diadakan adalah:-

1. Pertandingan mewarna kanak-kanak 3K – disertai oleh seramai 68 peserta terdiri daripada 8 buah tadika & tabika.

2. Pelancaran ‘Flag Off’ jentera sebagai simbolik kesiapsiagaan di musim perayaan pada tahun ini.

3. ⁠Sesi ‘walkabout’ YB diiringi oleh warga JBPM Negeri Sembilan bagi menyantuni dan mengedarkan risalah kempen kepada orang awam.

4. ⁠. Pameran Kebombaan, Demonstrasi iSuri (Api Dapur) & Pameran Jentera JBPM.

5. ⁠Penyampaian Alat Pemadam Api (APA) dibawah Program 1Rapi.

6. ⁠Penyampaian Sijil Perakuan (FC) kepada premis-premis di sekitar Port Dickson.

7. ⁠Penyampaian Sijil Penghargaan Bomba Komuniti

8. Persembahan tarian singa sempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2024.Anggaran kehadiran peserta dan pengunjung adalah seramai 800 orang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.Bahagian Kebakaran Keselamatan,JBPM Negeri Sembilan.Caw.

Program Kesedaran dan Keselamatan AwamJBPM Negeri Sembilan

Kredit to :Lotus’s MalaysiaZon 1 Seremban

Zon Port DicksonPejabat Bomba Zon 3

NS Jempol

English EN Malay MS
Skip to content