Pada 22 Februari 2025 (Sabtu), pasukan bola tampar JBPMNS telah mengharumkan nama dengan menjuarai Kejohanan Bola Tampar Agensi Kerajaan Negeri Sembilan 2025! Dengan semangat yang tinggi dan persembahan bertenaga, JBPMNS berjaya menundukkan pasukan SUKNS dalam perlawanan akhir dengan straight set 2-0.
Keputusan Perlawanan:
Separuh Akhir: TKNS (1)
JBPMNS (2)
Final: JBPMNS (2)
SUKNS (0)
Lebih membanggakan, pasukan JBPMNS turut membolot 3 anugerah individu terbaik dalam kejohanan ini:
Receiver Terbaik
PPgB Mohd Ridzuan Bin Malek Rivan
Pejabat Pengarah
Serve Terbaik
PB Heldy Anna Edward
BBP Seremban 2
Pemain Terbaik
PB Mohd Nazreen Bin Bisoi
BBP Nilai
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih atas kejayaan luar biasa ini! Terima kasih juga kepada semua penyokong yang sentiasa memberikan semangat. Semoga JBPMNS terus cemerlang di kejohanan akan datang!




