26 November 2024
Telah berlangsung dengan jayanya, Executive Talk : Sistem Tugasan Balai (STB) yang disampaikan oleh YS TPjB Hj. Nordin bin Pauzi, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, bertempat di Dewan Dato’ Hj. Hamzah, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Program ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh mengenai pelaksanaan Sistem Tugasan Balai (STB), sekali gus memperkukuhkan strategi operasi kebombaan dan penyelamatan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen padu dalam memastikan matlamat program ini tercapai. Bersama-sama, kita teruskan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan!






