BENGKEL PENGUKUHAN BASIC FIRE FORENSIC & PHOTOGRAPHY
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan
Pusat Latihan Kecemerlangan Senawang, JBPM Negeri Sembilan
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, melibatkan penyertaan seramai 74 orang peserta yang dibahagikan kepada dua sesi sepanjang dua hari penganjuran.
Program ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan anggota bomba dalam aspek asas penyiasatan kebakaran (Basic Fire Forensic) serta fotografi kebakaran, yang menjadi elemen penting dalam proses siasatan dan dokumentasi insiden kebakaran.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kecekapan anggota bomba dalam menjalankan tugas secara lebih sistematik dan profesional.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, urus setia serta tenaga pengajar yang menjayakan program ini!