Bengkel MS ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2016

18 Oktober 2023 – JBPM Negeri Sembilan telah mengadakan Bengkel MS ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Pelangi yang melibatkan 50 pegawai & kakitangan gunasama di Ibu Pejabat Negeri, Zon & Balai.

Objektif utama pelaksanaan bengkel adalah untuk memberi pengetahuan serta kefahaman yang jelas berkaitan Anti Bribery Management System (ABMS), Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) terutama di dalam Prosedur Kualiti 01 (Operasi Kebombaan) dan Prosedur Sokongan (PS 33) Pengurusan Risiko.

Penceramah jemputan adalah terdiri daripada PPjB Mohd Zin Bin Salleh dan PgKB I Nur Hadi Bin Md. Ibrahim. Para penceramah adalah jemputan khas dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya.

Bengkel MS ISO 9001:2015 dan ISO 37001:2016 tersebut turut dihadiri oleh PgKB I Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan

English EN Malay MS
Skip to content