TEMUDUGA PENGAMBILAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN SESI II MELAKA TAHUN 2023

1 JUN 2023 (KHAMIS) – Hari Kedua pemilihan dan ujian pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah diadakan.

Turut hadir bersama pada sesi pagi PgKB I R. Saiful Iswandy bin R. Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka untuk memberi kata-kata semangat kepada semua calon agar lebih bersemangat. Kepada yang berjaya, selamat datang ke keluarga besar kami. Yang belum berjaya, cuba lagi dan lagi, jika ada kemahuan dan semangat, inn shaa allah masa tuan-tuan akan tiba..

English EN Malay MS
Skip to content