PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA DI MITC.

14-16 Oktober 2022- Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Booth Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka meriah dengan kanak-kanak dan tetamu untuk hari terakhir program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia. Pada hari terakhir di jalankan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, cabutan bertuah, soalan kebombaan, permainan interaktif dan uji cuba mengangkat beban seperti ujian pengambilan anggota bomba. Booth Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka menerima kunjungan YBhg Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

English EN Malay MS
Skip to content