PESARAAN PEGAWAI KANAN PUSAT GERAKAN OPERASI

SELASA: Majlis persaraan PPgB A.Hamid Awaludin.Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala khidmat bakti Tuan yang telah bersara wajib sebagai penjawat awam pada 15 Mac 2022(Selasa) setelah berkhidmat hampir 38 tahun dalam sektor awam. Segala jasa & khidmat serta sumbangan beliau amatlah dihargai kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Persaraan PPgB A.Hamid Awaludin daripada jawatan Pegawai Kanan Pusat Gerakan Operasi disifatkan satu kehilangan besar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta.Jasamu dikenang & Selamat Bersara.

English EN Malay MS
Skip to content