PERBARISAN TAHUNAN 2023

01 Mac 2023, RABU – Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka Tahun 2023. Majlis telah disempurnakan oleh YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.

Turut diserikan lagi dengan majlis penyerahan bot sumbangan Pejabat Daerah Jasin dan YaPIEM. Turut diagihkan bot pembelian Jabatan ke Balai-balai terpilih untuk persediaan musim banjir.Tidak lupa dengan penyerahan sijil Perakuan Bomba kepada premis ditetapkan yang telah berjaya mendapatkan kelulusan untuk sijil perakuan bomba 2023/2024. Penyerahan Sijil teman pili bomba juga turut diadakan kepada teman pili bomba yang baru.Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka juga mengucapkan kepada rakan-rakan media yang hadir serta semua para jemputan yang menjayakan majlis ini. Majlis terpaksa dilangsungkan didalam perkarangan Engine Bay Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

English EN Malay MS
Skip to content