PENYERAHAN BENDERA MELAKA KEPADA PASUKAN BRIGED BOMBA MELAKA
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh
Tarikh 19 Jun 2025 (Khamis)
YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj Ma’at, Pengarah JBPM Melaka telah menyempurnakan majlis penyerahan bendera Melaka kepada Pasukan Briged Bomba Melaka, sebagai simbolik semangat dan sokongan penuh kepada kontinjen yang mewakili Bomba Melaka yang akan menyertai Pertandingan Briged Bomba Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pertandingan ini akan berlangsung di Perlis pada 20 hingga 24 Jun 2025, melibatkan penyertaan pasukan dari seluruh negara dalam usaha memperkukuh jati diri, disiplin, serta kemahiran bomba dalam kalangan pelajar institusi pendidikan.
Selamat maju jaya kepada Pasukan Briged Bomba Melaka!
Bawa nama Melaka dengan penuh semangat, disiplin dan keberanian!
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia




