Pada 15 Julai 2025, bertempat di Dewan Dato’ Seri Hamdan, telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Melaka kepada Kontinjen JBPM Negeri Melaka yang akan menyertai Sukan Bomba Malaysia di Kuantan, Pahang pada 17 hingga 21 Julai 2025.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah JBPM Negeri Melaka, sebagai simbol sokongan dan semangat kepada para atlet bomba Melaka yang akan mewakili negeri Melaka dalam temasya sukan peringkat kebangsaan tersebut.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen! ![]()
![]()
“Bomba Melaka Gagah Perkasa, Menuju Kemenangan!”









