PELANCARAN PROGRAM TADARUS JBPM MELAKA

16 FEBRUARI 2023, KHAMIS – Bertempat di Desa Bomba, Taman Bukit Cheng, telah diadakan bacaan yassin dan solat berjemaah bersempena Pelancaran Program Tadarus di Balai-balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka yang disempurnakan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Program ini juga diadakan bagi menyambut bulan mulia, Bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Turut diadakan adalah Penyerahan senaskah Al-Quran Tafsir kepada semua Ketua Balai dan Penyerahan Sejadah sebagai sumbangan daripada YS Pengarah kepada Surau Haji Yusof, Desa Bomba Taman Bukit Cheng.

English EN Malay MS
Skip to content