MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN DISEMBER 2022

08 DISEMBER 2022, KHAMIS – Majlis berlangsung di Dewan Dato’ Sri Ts.Mohammad Hamdan bin Wahid yang disempurnakan oleh PPjB Abu Bakar bin Katain selaku YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.

Pengisian program ini selain untuk berkongsi amanat dan maklumat semasa kepada semua warga Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka turut diraikan adalah pegawai-pegawai yang berpindah masuk ke Jabatan ini dengan penyerahan MyPortfolio, penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai yang mewakili Jabatan dalam Konvesyen KIK 2022, Pertandingan sempena Hari Integriti JBPM, guru-guru yang menyertai pertandingan Cabaran Kadet Bomba serta penghargaan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengiktirafan 5 bintang cemerlang Pematuhan Integriti JBPM yang mendapat tempat ke-3 Teratas.

English EN Malay MS
Skip to content