14 DECEMBER 2023, KHAMIS — Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas antara PPgB Mohd Ridzuan Bin Ali, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah dan PPgB Irman Bin Ali, Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan. Majlis disaksikan oleh PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka. Majlis ini juga turut dihadiri oleh barisan penolong pengarah negeri, ketua zon 2 dan pegawai kanan dari Zon 2. Penempatan baru bagi PPgB Mohd Ridzuan Bin Ali adalah di Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan manakala bagi PPgB Irman Bin Ali sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah. Semoga pertukaran ini menjadi batu loncatan bagi pegawai untuk terus cemerlang dimasa hadapan.