MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT KEHORMAT BAGI KETUA MENTERI MELAKA DAN EXCO KANAN PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN, SALIRAN PERUBAHAN IKLIM DAN PENGURUSAN BENCANA.

10 MEI 2023, RABU – Sekitar Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Kehormat bagi YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Pemakaian Tanda Pangkat Kehormat ini memberi gelaran kepada Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh manakala Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin.Semoga dengan Pemakaian Tanda Pangkat ini memberi semangat wira merah kepada 2 pemimpin tertinggi Negeri Melaka. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka Mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih.

English EN Malay MS
Skip to content