MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA

24 OGOS 2023, KHAMIS — Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sesi pertama sempena Sambutan Hari Jadi ke 74 TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, KSU KPKT di atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran datuk wira. Tahniah juga kepada YS PKPjB Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood, Pengarah Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Juga kepada PgKB I Norizan bin Saad di atas pengurniaan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) dan PKPgB Zahrul Adha bin Mokhtar, Ketua Balai BBP Ayer Keroh, Melaka diatas pengurniaaga Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Kami seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka mengucapkan tahniah diatas pengurniaan tersebut.

#jbpmmelaka#KPKT#MalaysiaMadani#BombaTheBest#StrongerTogether#UnityInDiversity

English EN Malay MS
Skip to content