KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Surau Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh
Pertubuhan Khairat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau BBP Ayer Keroh.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga bomba mengenai tatacara pengurusan jenazah secara lengkap, bermula daripada saat kematian hingga ke pengkebumian, selaras dengan tuntutan syariah Islam.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan ketika berkhidmat kepada masyarakat.






