KUNJUNGAN PUSAT PENTADBIRAN YAPEIM NEGERI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN DI IBU PEJABAT JBPM MELAKA.

04 JANUARY 2023 (RABU) – Kunjungan En Azharry bin GimanPengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka & Negeri Sembilan serta Mohd Rahaizad Ahmad, Penyelaras Komuniti YaPEIM, PPYN Melaka ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Turut hadir sama PgKB II Muhammad Izwan Arief bin Mat Nor, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, dan PKPgB Mohd Hairul bin Sayoti, Ketua Cawangan logistik Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.Perbincangan berkisarkan tentang sumbangan keperluan kebombaan dan bantuan kebajikan yang boleh disalurkan kepada warga kerja Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Semoga kerjasama ini dapat mendatangkan manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

English EN Malay MS
Skip to content