KUNJUNGAN HORMAT TEXAS INSTRUMENTS MALAYSIA KE JBPM MELAKA
Pada 2 Julai 2025 (Selasa), satu kunjungan hormat telah diadakan oleh delegasi Texas Instruments Malaysia ke atas YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Encik Adzahar Md Sharipin, Pengarah Perhubungan Kerajaan Texas Instruments Malaysia dan telah berlangsung di Ibu Pejabat JBPM Melaka.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik melibatkan kerjasama dua hala antara sektor industri dan agensi penyelamat dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan, latihan serta tanggungjawab sosial korporat (CSR).
JBPM Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini.





