KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) BUKIT KATIL KEPADA YS PENGARAH.

20 Jun 2022 YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat dari Tuan Haji Noor Ariffin bin Mohd Arif@Haris, Pengarah ILP Bukit Katil. Turut hadir bersama Encik Mohd Razali bin Noor, Timbalan Pengarah Operasi ILP Bukit Katil, Encik Mohd Sharmizi bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Bahagian Komuniti & Khidmat Sokongan Pekerjaan ILP Bukit Katil dan PgKB II Zulkifli bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Melaka. Kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan bagi sesi perkenalan dan perbincangan kerjasama yang dapat dilaksanakan di antara kedua-dua agensi. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama demi kebaikan dan manfaat bersama.

English EN Malay MS
Skip to content