8 Disember 2023: PgKB I R. Saiful Iswandy Bin R. Hassan telah menerima kunjungan hormat dari YB Tuan Adam Adli Bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Turut bersama dalam kunjungan tersebut adalah YBrs. Encik Khairul Adri Bin Dato Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan demi kebaikan dan manfaat kedua-dua agensi.