KUNJUNG HORMAT UNCLE KENTANG KE JBPM MELAKA

📌 KUNJUNG HORMAT UNCLE KENTANG KE JBPM MELAKA

📅 3 Julai 2025 (Khamis)

📍 Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka

YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Uncle Kentang (Encik Kuan Chee Heng), seorang aktivis masyarakat yang terkenal dengan usaha kebajikan dan kemanusiaan di seluruh negara.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkenaan inisiatif-inisiatif kebajikan serta potensi kerjasama antara JBPM Melaka dan pihak Uncle Kentang dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesiapsiagaan bencana.

JBPM Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan dan komitmen beliau dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat.

#JBPMMelaka

#UncleKentang

#KunjungHormat

#AktivisMasyarakat

#KomunitiSejahtera

#BersamaMembantu

ms_MYMalay