16 APRIL 2025 (RABU)
Kunjung hormat daripada Persatuan Pesara Pegawai Bomba Negeri Melaka kepada YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim, berkongsi pandangan serta menyampaikan penghargaan atas jasa dan khidmat bakti yang berterusan demi kemajuan jabatan.
Persatuan amat menghargai kesudian YS Pengarah untuk meluangkan masa menerima kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama antara pesara dan jabatan akan terus kukuh serta memberi manfaat bersama.





