Pada 14 April 2025 (Isnin), satu kunjung hormat telah diadakan oleh Yang Amat Setia Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Kunjung hormat ini merupakan salah satu usaha memperkukuh hubungan silaturrahim serta mempertingkatkan kerjasama strategik antara pihak JBPM dan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam hal-hal berkaitan keselamatan kebakaran serta kesiapsiagaan kecemasan di negeri Melaka.
Turut hadir bersama YAS Tuan Othman bin Abdullah (Timbalan Ketua Pengarah – Pembangunan) JBPM, YS TPjB Datuk Ts. Nazli bin Hj. Mahmood, Pengarah Bahagian Pembangunan, Kejuruteraan dan Logistik, JBPM, YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan PgKB I R.Saiful Iswandy Bin R.Hassan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka.



