13 April 2025 (Isnin)
Kunjung hormat yang dijalankan oleh YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at, Pengarah JBPM Negeri Melaka, ke pejabat Y.B. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir PgKB II R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah Bomba Melaka. Acara ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan serta mempererat kerjasama antara agensi demi pembangunan negeri yang lebih progresif.




