KIT INSPECTION BALAI BOMBA MERLIMAU

13 Jun 2023, Selasa – Program Kit Inspection bersama YS Pengarah di Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Melaka. Program ini turut disertai oleh semua Penolong Pengarah bahagian, Ketua Zon 1 dan Pegawai-pegawai Operasi. Program seumpama ini diadakan bagi memastikan kesiapsiagaan di balai berada pada tahap yang baik dan memuaskan. Tahniah kepada Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Melaka kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga dengan usaha ini dapat kita bersama-sama meningkatkan tahap perkhidmatan kita di Melaka khasnya dan Malaysia amnya.

#MalaysiaMadani#StrongerTogether#DemiPertiwi#bombamelaka

English EN Malay MS
Skip to content