JELAJAH KESELAMATAN DAN KESEDARAN AWAM ANJURAN UITM CAWANGAN MELAKA, KAMPUS ALOR GAJAH BERSAMA JBPM MELAKA.

07 Januari 2023 – Jelajah Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Awam anjuran UITM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka dan PDRM.

Majlis melibatkan Konvoi bermotor daripada 31 orang pegawai UITM, JBPM dan PDRM ke beberapa lokasi sekitar Negeri Melaka untuk memberi taklimat keselamatan kebakaran dan mengedarkan flyers/pamplete keselamatan.

Di majlis penutup pula, diadakan persembahan kebombaan UITM bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Semoga aktiviti yang dilaksanakan mendapat manfaat kepada masyarakat dan semua pihak. Tahniah diuccapkan kepada urusetia dan semua peserta-peserta.Majlis penutup telah disempurnakan oleh PgB Rohaya bin Alias, Ketua Zon 2 Melaka.

English EN Malay MS
Skip to content