INSIDEN MENYELAMAT MANGSA HILANG

Insiden Menyelamat – Mangsa Hilang

Pada 15 Oktober 2025, seorang wanita warga emas berusia 83 tahun dilaporkan hilang di Kampung Tasik, Sungai Rambai, Merlimau, Melaka. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh BBP Merlimau dengan bantuan Unit K9 JBPM, Unit STORM, Unit Drone, serta agensi lain termasuk PDRM, RELA, dan orang awam.

Operasi bermula pada jam 10.11 malam selepas laporan diterima dan diketuai oleh pegawai JBPM dengan kehadiran YS Pengarah Bomba Melaka serta Penolong Pengarah Bahagian Operasi.

Pada 16 Oktober 2025, jam 11.51 pagi, mangsa ditemui terapung tidak sedarkan diri di permukaan air belakang rumahnya dan disahkan meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Status: Operasi ditamatkan pada jam 1.12 tengah hari, semua anggota dan jentera kembali ke balai.

ms_MYMalay