KUNJUNGAN JBPM MELAKA KE PEJABAT EXCO KPKT UNTUK BERTEMU YB DATUK ZAIDI BIN ATTAN.

19 JANUARI 2023 KHAMIS – Kunjungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diketuai oleh PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka ke Pejabat EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar untuk bertemu dengan YB Datuk Zaidi bin Attan. Perjumpaan bersama YB EXCO dan wakil Pejabat Penasih Undang2 adalah bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan UBBL Pindaan ini di peringkat Negeri.

Negeri Melaka sudahpon mengazetkan penggunaan UBBL 1984 (Pindaan 2021) ini dan telah berkuatkuasa pada 2 Jan 2023.Turut Hadir bersama PPjB Muhammad Salleh bin Abdul, Ketua Cawangan Perlesenan, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, PgKB II Zulkifli bin Nordin, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka dan PgB Mohd Ashraf Bin Tholibon daripada Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Manakala wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka di wakili oleh Tuan Mohd Asfa bin Mahmood, Ketua Unit Penyemakan dan Fazean Irdawaty binti Fadzil, Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.Untuk makluman, perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan-jabatan berkaitan akan diadakan dalam masa terdekat.

English EN Malay MS
Skip to content