Tarikh : 4 April 2024
Tempat : Dewan Serbaguna JBPM Labuan
Program Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Kepada Asnaf peringkat JBPM Labuan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) Hj. Rithuan Bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan petang tadi. Bertempat di Dewan Sebaguna Kompleks Ibu Pejabat JBPM Labuan. Seramai 50 orang asnaf menerima sumbangan.
Turut hadir YS PgKB I Abd Rahman Bin Ali, Pengarah JBPM Labuan bersama PgKB II Emil Bin Taihin@Toihin, Timbalan Pengarah JBPM Labuan, Ketua-Ketua Jabatan, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai JBPM Labuan dan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela WP Labuan.