Tarikh : 20 Mei 2025
Tempat : BBP Labuan Sentral, BBP Layangan & BBP Rancha-Rancha
Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2025, satu Program Gotong-Royong Perdana telah dianjurkan di LION’s House of Love, Kampung Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Program ini telah dihadriri oleh YS Pengarah JBPM Labuan, pegawai-pegawai kanan, serta warga JBPM Labuan secara keseluruhan. Turut serta menjayakan program ini ialah wakil-wakil Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) JBPM Labuan, sekali gus mencerminkan jalinan kerjasama yang erat antara warga jabatan dan pertubuhan sokongan.
Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan menceriakan persekitaran rumah kebajikan tersebut, malah menjadi landasan bagi memupuk semangat kesukarelawanan, keprihatinan sosial dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan warga JBPM Labuan.