Tarikh : 19 Disember 2024
Tempat : Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan
Yang Berhormat Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abd Rahman, Ahli Parlimen P166 Wilayah Persekutuan Labuan, telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bomba Junior peringkat JBPM Labuan bagi tahun 2024.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, bersama barisan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.