Tarikh : 6 Disember 2023
Tempat : Hotel Dorsett Grand Labuan
Labuan telah mengadakan Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @Hanif Amman, Pengerusi Perbadanan Labuan serta pemakaian Pangkat KB38 (KUP) kepada Tuan Chong Hon Fah @Christopher.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Abdul Wahab Bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM. Turut hadir, YBhg. PPjB (K) Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar, Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan, YS PgKB l Abd Rahman Bin Ali, Pengarah JBPM Labuan, Dif-dif Jemputan serta pegawai Kanan JBPM Labuan.