Tarikh : 27 April 2022
Tempat : Perkarangan BBP Labuan Sentral
Majlis Surau Bomba (MSB) JBPM Labuan telah mengadakan Majlis berbuka dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim / asnaf. Seramai 34 orang anak Yatim dan Asnaf telah menerima sumbangan tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh YS Pengarah JBPM Labuan PgKB l Ismaidi Bin Hj Ismail. Turut hadir Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Balai dan kakitangan JBPM Labuan.
Tetamu jemputan :
1. Pengurus Majlis Agama Islam W.P Labuan (MAIWP)
2. Jabatan Mufti W.P Labuan
3. Jabatan Agama Islam Wilayah ( JAWI )
4. Hakim Mahkamah Syariah