Tarikh : 11 hingga 12 Februari 2025
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan
Kursus ini bertujuan memperkasakan produktiviti, rekaan serta inovasi teknologi digital dalam perkhidmatan JBPM Labuan. Para peserta diberi pendedahan serta pemahaman mengenai aplikasi Artificial Intelligence (AI) dan cara memanfaatkannya untuk inovasi dalam tugasan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YS PgKB I Abd Rahman Bin Ali, Pengarah JBPM Labuan.