Tarikh : 22 Mac 2023
Tempat : Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan
YS Pengarah JBPM Labuan PgKB I Abd Rahman Bin Ali bersama Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan JBPM Labuan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Hj. Rithuan Bin Hj. Ismail.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk memperkenalkan pegawai pengurusan tertinggi JBPM Labuan yang baharu seterusnya membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara dua agensi.