Tarikh : 18 Januari 2023
Kempen Keselamatan Kebakaran Dan Pelancaran Ops Rondaan sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina Tahun 2023 telah diadakan di Bataras Hypermarket Labuan.
Pelancarannya disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan. Hj. Rithuan Mohd. Ismail. Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah JBPM Labuan, PgKB II Emil bin Taihin, Penolong-Penolong Pengarah Bahagian dan Pegawai Kanan JBPM Labuan.
Tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran pada musim perayaan khususnya kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.