Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur telah menyampaikan Sumbangan Pendakian Amal Bomba De Everest “Mencari Hati Emas” di Nepal pada bulan April 2025 ini. Projek yang julung-julung kalinya ini akan dilakukan oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fakhrul Munir bin Mohd. Isa yang bertugas di Pangkalan Udara Wilayah Tengah (JBPM), Subang Jaya. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YS PKPjB Hj. Hassan ‘As’ari bin Hj. Omar, Pengarah JBPM Kuala Lumpur kepada PBK II Mohd. Fakhrul Munir bin Mohd. Isa. Semoga dipermudahkan pendakian oleh Allah SWT supaya untuk kita sama-sama khususnya mencipta sejarah dan memberi inspirasi kepada semua.


