20 Ogos 2020 sebuah kereta telah terjunam dari Bangunan bersama pemandunya di tempat letak kenderaan Apartment Melur, Jln 2/48A Bandar Baru Sentul. Sebuah kenderaan pacuan 4 roda No Pendaftaran PDF 7199 telah melanggar tembok tempat letak kereta di tingkat 3 dan jatuh ke bawah. Mangsa seorang lelaki berumur 63 tahun berbangsa Melayu disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan Paramedik di tempat kejadian. Video & Editing : PBK II Abd Ralid bin Zainuddin
