13 Disember 2024 – Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur telah mengadakan Latihan Pemantapan Pegawai Bomba Wanita bagi siri 1/2024 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat, Seputeh, Kuala Lumpur. Latihan bermula dari 12 hingga 13 Disember 2024 (masa : 8:00 pagi – 02:00 pagi) adalah bertujuan untuk memantapkan lagi tahap optimum fizikal dan mental bagi mengukur tahap kecergasan pegawai wanita seterusnya menyediakan platform latihan yang berprestasi tinggi. Seramai 39 orang pegawai bomba wanita lain-lain pangkat telah terlibat dalam latihan pemantapan tersebut.


