1 Oktober 2023 Rabu – Latihan Ex-Sentral KTMB 2023 telah diadakan di Depoh Keretapi Tanah Melayu (KTMB) KL Sentral yang melibatkan pelbagai Agensi seperti JBPM, PDRM, KKM dan Pasukan Bomba Sukarela. Antara balai yang terlibat adalah dari BBP HANG TUAH, BBP PANTAI dan BBP JALAN TUN RAZAK. Turut hadir sebagai penilai dan pemerhati adalah pegawai dari Bahagian Operasi Negeri yang diketuai oleh PgKB II Mohd Rizuan bin Razali.

