Kursus Pengendalian Dan Teknikal Dron Siri 1/2021

Pada 22.11.2021 hingga 27.11.2021 telah diadakan Kursus Pengendalian dan Teknikal Dron Siri 1/2021 dan Fire Search & Rescue Drone Challenge Piala YAS Ketua Pengarah. Kursus ini melibatkan peserta dari 16 negeri dan 5 Akademi Bomba seluruh tanah air. Seramai 42 orang peserta bagi siri 1/2021 ini. Semua peserta berjaya mendapatkan watikah perlantikan. Terdapat 3 kategori yang telah dipertandingkan iaitu :– Drone Maneuver Challenge- Drone Mission Challenge- Drone Inovation ChallengePasukan JBPM KL yang diwakili oleh PKPgB Mohd Firdaus Bin Dzulkifli dan PB Fathurrahman telah memenangi dua kategori yang dipertandingkan. Mereka telah mendapat tempat Pertama dalam kategori Drone Inovation Challenge dan tempat kedua dalam kategori Drone Mission Challenge. Seterusnya pasukan JBPM KL dinobatkan sebagai Juara keseluruhan dan membawa pulang Piala Pusingan YAS Ketua Pengarah. Tahniah diucapkan.

English EN Malay MS
Skip to content