Tarikh : 23 November 2023
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Stesen Radio Kelantanfm ( RTM ), Kota Bharu, Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah dijemput RTM Kelantanfm dalam Program Ceria Pagi di Konti Kelantanfm. Kehadiran YS Pengarah telah disambut oleh Puan Nor Shaleeza bt. Shahril DJ bertugas. YS Pengarah telah mengupas dan mengulas berkenaan persediaan dan persiapan banjir ( MTL ) serta operasi pemindahan mangsa banjir yang telah melanda Negeri Kelantan pada 2 hari lepas. Dalam sesi temubual tersebut YS Pengarah telah menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan cuaca sepanjang musim tengkujuh ini. YS Pengarah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada RTM atas jemputan ke konti pada pagi ini. Terima kasih.
JBPM NEGERI KELANTAN JBPM NEGERI KELANTAN