SURVEILLANCE AUDIT II ISO 37001:2016 ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM ( ABMS ) DAN ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEM ( QMS ) TAHUN 2023 JBPM NEGERI KELANTAN

Tarikh : 31 Oktober 2023 ( Selasa)

Masa : 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa

Bertempat di Bilik Mesyuarat BBP Pengkalan Chepa telah diadakan Surveillance Audit II ISO yang dijalankan oleh Puan Asiyah Binti Haron, Pegawai Audit Sirim. Terdahulu Puan Asiyah Binti Haron disambut oleh pegawai-pegawai bomba yang diketuai oleh PBT II Zaimi bin Samat, Pegawai Operasi BBP Pengkalan Chepa. Tujuan Audit dijalankan bagi melihat proses kerja dan pematuhan terhadap piawaian dan prosedur yang ditetapkan. Turut hadir PPgB Shapawi bin Setapa, pegawai pemantau sepanjang proses audit berjalan. Di akhir sesi audit Puan Asiyah Binti Haron telah diberi peluang menandatangani buku pelawat. PBT II Zaimi bin Samat telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Asiyah Binti Haron sebagai tanda kenang-kenangan. 

Sekian untuk makluman YS Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah Negeri serta Ketua Zon.

English EN Malay MS
Skip to content