YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati jabatan kepada YBrs. Puan Noor Razlina binti Noor Mohamed, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa dalam sesi kunjungan hormat di JBPM Negeri Kelantan pada Ahad ( 10 Oktober 2021) yang dilangsungkan di bilik mesyuarat. Seawal kunjungan hormat itu YS Pengarah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pertubuhan Kasih Neelofa diatas sumbangan bakul makanan asas dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Orang Asli di Pendalaman Gua Musang ( 12 hingga 18 September 2021). Hadir sama adalah PgKB II Mohd Wildan bin Azhari, Penolong Pengarah Bahagian Operasi.
JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN JBPM KELANTAN