PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

TARIKH : 28-29 Jun 2022

MASA   : 08.00 pg hingga 17.00 ptg

TEMPAT : Dewan Utama,Ibu Pejabat

                   JBPM Negeri Kelantan

29 Jun 2022 (Rabu)

YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin,

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah merasmikan Majlis Penutupan Program Transformasi Minda Positif (PTM).Turut hadir ke Majlis Penutupan tersebut ialah Timbalan Pengarah,Penolong Pengarah Latihan,Pen.Pengarah Pengurusan serta Ketua Zon 2.

Program Transformasi minda Positif (PTM) ini julung kali diadakan yang melibatkan kumpulan Peserta dari Ketua Balai Bomba (22 org),

Penyelia Pasukan 22 orang ,dan Pegawai Bomba Wanita (PBW) 18 orang dengan jumlah kesuruhan 62 orang peserta.

Program PTM ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seseorang Pegawai Bomba dari segi KEPIMPINAN,KOMUNIKASI,KECEKAPAN, KEYAKINAN,dan KERJASAMA. (5K)

Kandungan topik dalam PTM ialah Slot Motivasi,

Latihan Dalam Kumpulan (LDK),Pengurusan Tatatertib,dan Ice breaking / Team Building.

Urusetia bagi program PTM adalah Bahagian Latihan JBPM Negeri Kelantan.

Moderator;

PKPgB Alam Nasut binti Ilias

PBT II Zulhilmi bin Baharudin

English EN Malay MS
Skip to content