4hb Ogos 2021/RabuBas milik JBPM Negeri Kelantan dalam Program Mobile Vaksinasi Covid-19(MOVAK) yang berlangsung di Perkarangan Masjid Kusial Bharu, Tanah Merah, Kelantan Pada Tarikh 3hb hingga 5hb Ogos 2021 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Program Mobile Vaksinasi Covid-19 ini bertujuan memudahkan pemberian vaksin kepada penerima vaksin dan masyarakat setempat.Pemberian vaksin ini bermula pada Jam 0800 hingga 1600 dengan sasaran 300 setiap hari. TPgB II Amirnorzi bin Amiruddin Ketua Unit Kesedaran & keselamatan Awam JBPM Negeri Kelantan , mengetuai bersama 2 pemandu iaitu PBK II(TBK) Wan Effandy bin Wan Yusof dari BBP Kota Bharu dan PB Roslan bin Mat Nawi dari BBP Pengkalan Chepa dan setelah selesai program Vaksinasi tersebut, kawasan sekitar masjid dan Bas jabatan akan di buat sinatasi oleh anggota BBP Tanah Merah setiap hari.