Tarikh :29 Disember 2024(AHAD)
Masa :0900-1530
Tempat : BBP Wakaf Bharu, BBP Tumpat dan BBP Pengkalan Kubor
PPjB Ts. Farhan Sufyan Bin Borhan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan PgKB I Aswafaizole Bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke 3 buah balai di daerah Tumpat dan Pengkalan Kubor.
Program lawatan hari ini dimulakan dengan BBP Wakaf Bharu pada jam 0900 dan seterusnya ke BBP Tumpat dan diakhiri dengan BBP Pengkalan Kubor.
Program lawatan pada hari ini memfokuskan kepada mengenali pegawai dan anggota di balai – balai dengan lebih dekat di samping memastikan kebersihan, kekemasan serta kesiapsiagaan balai balai dari segi logistik dan pengoperasian balai.
Program lawatan hari ni turut disertai oleh Ketua Balai masing masing iaitu PBT II Nazah Binti Nafi, PPgB Mohd Rafain Bin Mat Zain, PKPgB Mohd Zamri Bin Omar dan PKPgB Suki Bin Annuar mewakli Bahagian Operasi dan Menyelamat, JBPM Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.
Sekian, terima kasih
Unit Perhubungan Awam Negeri JBPM Kelantan
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMADANI
#Bomba
#BBPWakafBharu
#BBPTumpat
#BBPPengkalanKubor


































