PESTA BERAKIT JELI & KEMPEN KESEDARAN AWAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI KELANTAN PERINGKAT ZON 2 TAHUN 2025

YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan, PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan hadir ke Pesta Berakit Jeli & Kempen Kesedaran Keselamatan Awam JBPM Negeri Kelantan Peringkat Zon 2 Tahun 2025,

Majlis Perasmian Pesta tersebut dilaksanakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang

Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama majlis tersebut Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan peringkat Jajahan Jeli, serta Pegawai Pejabat Zon 2, Ketua-Ketua Balai Zon 2, pesta dan kempen ini telah diadakan pada 13hb September 2025(Sabtu) bertempat di Gunung Reng, Jeli.

Antara Aktiviti diadakan Pertandingan Rakit Cantik, Kempen Kesedaran Keselamatan Awam ( Pameran Motorsikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM), Pameran Haiwan Berbisa, Pertandingan Mewarna Bomba Cilik, I-suri dan Alat Pemadam Api, Demo Penyelamatan di Air, Demonstrasi High Line Rescue, Demo CPR untuk Mangsa Lemas, Dan Pertandingan Kebombaan kepada komuniti setempat).

ms_MYMalay