YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, hadir memberi suntikan semangat kepada 3 peserta Pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Laungan Azan secara atas talian yang diadakan di Surau Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan pada Selasa( 20 April 2021). YS Pengarah juga turut mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa kerja yang mengurus persiapan pertandingan itu. Hadir sama adalah PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan Jabatan serta anggota yang turut memberi sokongan kepada peserta.